Powered By Blogger

Monday, March 5, 2012

Permata Hati Saya..Mohamad Rayyan Zakwan

Dia...
Siapa dia??
Permata dan pengarang jantung hati saya serta keluarga...Bakal Imam Muda INSYALLAH....
Lahirnya dia ke dunia menambahkan lagi keceriaan dan kegembiraan dalam keluarga kami...
Putera kepada Norashikin dan Mohamad Saryzwan....
Menambahkan keserian dalam hidupku...
Telatah dan senyumanya bikin hati cair wooOooo...
Setiap hari balik kerja orang pertama saya nk jumpa adalah DIA!!
bila panggil nama dia and he looked at me with a wonderful smile..
penat pon rasa hilang...
even i'm not his mother but i'm his MAMA LANG ok...hahahahha...
Ok darling Mama Lang janji sayang kamu ketat2 ok...
next time sy post lagi gambar terbaru dia ok.....

With All My Love ;)

Finallly i Got back My BLOG ;)

Salam semua...
Finally i manage to get back my password after so long not updating my blog..
cewahh speking pulak awok skrg nie...
seronok!!
tula perkataan yg bole sy kongsikan bila i manage to get back the password..


Tunggu my latest update ya ;)

Sunday, April 3, 2011

::Adik IM semakin stabil::

Alhamdulillah lega rasa dihati bila dapat taw yang keadaan Adik Im semakin menunjukkan reaksi positif..tadi mish sempat berFB chat dgn abang kepada adik Im merangkap adik kepada kak weiya......

Doakan semoga Adik Im cepat2 sembuh yee..

Friday, April 1, 2011

Perkembangan Terbaru Adik Im ::Alhamdulillah::

Holaa semua...Im just coming back from Institut Jantung Negara (IJN) melawat Adik Abdul Rahim (Adik IM) yang baru selesai menghadapi pembedahanya yang ke tiga petang tadi... Lega sikit hati nie bila dapat msg dr kak Weiya..Katanya : So before nak balik tu terus decide untuk pergi sana...Incik Love pon bersetuju untk bawak mish ke sana..Thnks My Incik Love...mish pon msg kak weiya tanya dia ada kat sna x..lepas dia balas msg mish bgtau yang dia ada kat sna..mish terus gerak dr opis...tp mish sempat post status di FB memberitahu mish nk ke IJN..Lepas jek mish post status "Off to institut Jantung Negara", Mish receive a call from Mr. Nick@Petra yang cakap dia terbaca my status and nak follow sekali g sana..ALhamdulillah mish cakap no problem paper nanti kita meet kat sana... Dengan menaiki Motosikal Ego S Incik Love kami pecut 120km..Jalan jangan cakapla jem giler!..Mana taknya pukul 6 kan time org balik keje..kami cilok kiri,cilok kanan...tak sampai setengah jam kami pon tiba di IJN....Alhamdulillah selamat sampai....Kak weiya jemput mish di Lobby IJN sbb mish tak bape reti nak ke Wad ICU..Maklumla first time ke sana...Sampai jek kat Tingkat 1,Wad ICU...Mish berjumpa dgn kedua ibu dan ayah kak weiya,adik2 dia,sepupu,saudara mara yang jauh mahupun yang dekat..Dorang semua mesra dan peramah orgnya..Walaupon masing2 susah hati,tapi senyuman tak lekang daripada bibir mereka..Terima kasih sbb sambut kedatangan kami dengan senyuman kalian....Dalam Wad tu sekali masuk hanya 2 orang jek yang lepas....Yela Wad ICU kan takkn nak bg sekampung plak yang ziarah..Pesakit daripada elok pon leh parah..Hati mish memang berdebar sangat..mcm2 perasaan bersarang dalam jiwa..Mish masuk dulu dengan Kak Weiya..Incik Love tunggu di luar dulu...kat bawah tu ada beberapa keping gambar yang mish sempat snap sebelom masuk ke wad ICU... Wad ICU Tingkat 1,Institut jantung Negara..Hati rasa berdebar giler nak masuk..pilu sangat2..
Wad Rawatan Rapi Kardiothorasik IJN dimana adik IM ditempatkan...

Saudara mara daripada kelantan dan Johor..Setia menunggu untuk melihat keadaan Adik Im..

Walaupon pahit harus ditelan..Kak Weiya yang banyak berkorban untuk melihat Adik Im tersenyum dan riang seperti remaja yang lain..Disebelahnya Mr.Nick@Petra rakan BN kita...
Yang bertudung Maroon dan bersongkok putih itulah ibubapa kepada Adik Im dan kak Weiya..Kelihatan jelas kerisauan dan kebimbangan di raut wajah mereka mengenangkan nasib Adik IM..yang lain tu adik perempuan dan adik lelaki kak weiya yang setia menemani Adik Im sepanjang seminggu dia mendapatkan rawatan di IJN..




Masuk jek ke dalam wad tu..Tuhan jek yang tahu betapa luluhnya hati mish bila tengok keadaan Adik Im yang penuh dengan wayar serta tiub kat seluruh badan dia..sedih sangat..Nak menitis airmata ni bila tengok dia kelihatan tak bermaya sama skali..kita orang luar pon tengok rasa nak nangis inikan pulak ahli keluarga dia..Bilamana kak weiya panggil dia "IM,kakak datang nie" dia hanya mampu gerakkan sedikit kelopak mata dia...sedih giler bila tengok keadaan dia mcm tu..Darah yang keluar dr badan adik Im masuk ke saluran yang disediakan memang cair sangat2...mcm air sirap pon ada...Mish tak berpeluang utk tangkap pic adik Im sebab dilarang sama skali nanti akan menganggu mesin2 yang ada dalam Hospital tu...Sayu hati ni..nampak sangat dalam raut wajah Adik Im bagai tak tertanggung kesakitan yang dialami..nak dijerit tak berdaya..hanya mampu mengalirkan airmata walaupon dalam keadaan tidak sedar...


Mish percaya..setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...Allah menduga kita dengan pelbagai cara yakinla setiap yang terjadi tak lebih drpada kemampuan kita...Mish doa sangat2 semoga Allah S.W.T. memberikan peluang untuk Adik Im terus dapat menghirup udara yang sama,berlari menikmati pemandangan ciptaanya serta tersenyum melihat kebesaranmu Ya Allah..Biarkan dia terus hidup di atas muka bumimu Ya Allah dalam keadaan sihat seperti insan2 yang lain...Teruskan berdoa supaya dia kembali sihat seperti sediakala...Doa kalian amat bermakna buat Adik Im untuk terus kuat melawan penyakitnya itu...


Pesanan Dariku :

"Adik Im,akak mungkin tak mampu untuk menghulurkan bantuan beribu2 untuk kamu..tapi akak hanya mampu berdoa supaya kamu kembali sihat dan dapat menikmati Keindahan dunia pinjamanya bersama2..Semoga Allah memakbulkan doa akak dan rakan2 yang lain..aminn..."


P/s : Mish akan terus mengupdate perkembangan adik Im dari masa ke semasa..

Berikan kata2 semangat buat Adik Im diruangan komen supaya atu hari nanti bila dia buka blog ni,dia tahu yang ramai org di luar sana yang sayangkanya..Terima Kasih..


Salam Sayang..Mish...


Tuesday, March 29, 2011

Bantulah Sahabat saya Kak Weiya...

Assalamualaikum


saya zawiyah binti hatip, pada mulanya agak susah juga nak publishkan kesusahan yang di hadapi..tapi bila memang takder cara lain..saya teruskan..lebih2 lagi ade yang sudi untuk bantu, knapa tak teruskan saje kan..pertama sekali terima kasih abg nara dan kawan2 yang selalu memahami..mereka semua saya kenal pun melalu BN juga..tengok sape kata bergosip langsung takder faedah kan..ok, pape pun saya nak bagitau..adik saya, mohd abdul rahim (IM) di kesan mengalami jantung berlubang sejak umo 3 bulan, patut la masa mak lahirkan dia, dia kecik sangat..lepas tu nangis pun tak mcm baby lain...suara dia slow jer, lepas ulang alik ke hospital machang, Im di rujuk ker HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia atau pun lebih di kenali sebagai hospital Kubang Kerian)bila umo dia dah 3 bulan, doktor sahkan dia menghadapi masalah jantung berlubang dan saluran ke paru-paru amat sempit. Sejak umo 3 bulan sampai la tahun 2004, ms ni umo dia kalu tak silap 11 tahun, kami ulang alik ke HUSM, doktor bagi ubat dan vitamin mcm tu jer..memang la ade usul suruh datang ker IJN tp atas tanggungan sendiri, mana la kami mampu, dengan kerja ayah sebagai buruh, mak surirumah..semuanya di luar kemampuan kami sekeluarga..tapi kami jaga dia dengan baik..jaga pergerakan, jangan terlalu lasak..berjalan jauh pun tak bagi sebab apa, sebab amat kesian tengok dia bila dia dah penat..muka yang biru, kuku tangan dan kaki hampir warna purple..tahun 2004 HUSM masuk kan tiub ke dalam jantung..untuk lihat sama saiz lubang tu dan saluran ke paru-paru..bila selesai semua tu..adik sy melalui proses yang sama..setiap bulan ulang alik ker HUSM tanpa tujuan yang pasti..cuma periksa tekanan darah, bagi vitamin..itu jer..tapi kami tak merungut, siapa kami untuk bercakap lebih2 kan..cuma turuti apa yang doktor arahkan...tahun 2008 seorang doktor cina ade buat surat untuk rujuk kan adik sy kat IJN..dia pesan kat mak..balik tunggu surat dari pihak HUSM untuk datang ker IJN..tapi segalanya berlalu macam tu jer sehinggalah bulan lepas bila doktor yang sama datang, dia terkejut bila mendapati adik Im masih tak jalani pembedahan.. Rupanya kes adik sy terlepas pandang lagi atas kelalaian staf HUSM alasan yang diberi surat tu belom siap..dari tahun 2008 sehingga 2011 buat satu surat pun tak siap...dalam hari yang sama doktor tu bagi surat dan adik sy patut datang jumpa pakar pada 8 march 2011..tapi kami kena tunggu salinan CD masa masuk kan tiub tahun 2004 tu..tunggu sampai petang tak siap juga...nak burn CD pun berjam-jam..maka mak ngan adik di suruh balik dan hari tu sudah 6 march 2011, esoknya selepas subuh salah seorang adik sy pergi HUSM dan menunggu CD yang tak siap2, sedangkan ayah, mak dan IM sedang tunggu bus untuk bertolak ke KL...tp alhamdulillah, pemandu bus memahami dan tunggu sampai pukul 11 baru bertolak dari machang. 8 march 2011 kami sekeluarga pergi ker IJN, bila nak daftar kena bayar dalam rm 140.00 sedangkan semua surat dah bagi ms daftar..termasuk surat dari jabatan kebajikan masyarkat, tapi tetap kena bayar dan ketika ini baru sy tahu JKM cuma bagi rm 18k..bila dah jumpa pakar, doktor pakar kata adik sy kena masuk tiub seklai lagi sebab dia dah besar, lagi pun dah lama sangt rekod masuk kan tiub dulu, takut lubang tu dah berubah, tak tahu sama ade dah makin besar atau kecil. Jadi doktor bagi surat untuk daftar masuk wad pada 20 marc 2011 dan nak masuk kan tiub pada 21, sebelom tu kena pergi bayar deposit dalam rm 5K untuk booking wad....ketika inilah sy ulang alik sehingga sy pun lupa berapa kali sy masuk pejabat taksiran untuk bincangkan kos...akhirnya..dapat keputusan..tolak dulu dari kos JKM bagi, walau macam mana pun kena booking tu, kena bg juga dalam rm 100.00..ok la aku ikut jer..bila selesai hal tu..ingat dah boleh balik mcm tu jer..tapi kena selesaikan bil hari tu...keseluruhn bil pada hari tu adalah rm 340.00, dah bayar rm 140.00 tinggal dalam rm 200.00, di sebabkan cash pun takder..dah petang dan sy seteguk air pun belom minum..sy ulang alik dr pejabat taksiran dan tolak dari kos JKM bagi tu...21 haribulan adik sy selamat masuk kan tiub, sepatutnya kena tunggu berbulan2 baru boleh cari tarikh untuk buat pembedahan tapi doktor kata adik sy dah tahap kecemasan, agak mengejutkan sebab selama ni kami tengok takder perubahan pun..tapi kami gembira juga sebab tak perlu tunggu lagi, bab duit takper, akan usahakan macam mana pun, so doktor kata tak payah balik..stay kat wad dan tunggu minggu depan..mak ngan ayah buat keputusan nak balik kelate dulu..kot2 sempat kerja 4-5 hari, boleh la duit sikit, bila ayah bertolak balik,,, adik sya telefon kena keluar wad nanti ahad ni masuk balik.. So 2 hari lepas adik sy keluar wad, ms ni kena bayar rm 3870.00, sekali lagi masuk akaun dan akan bincang kemudian..kemarin adik sy kena pergi bersihkan GG sebab nanti kuman dari GG akan masuk jantung. tapi doktor GG kata nak ambik masa satu minggu, bila hantar surat doktor GG ker IJN, doktor pakar kata macam mana pun kena buat cepat..dan kos untuk operation tu adalah dalam rm 30k dan itu tak termasuk kos stay kat wad...jadi sekarang sy pun tak pasti brapa kos keseluruhan memang la IJN akan bagi diskaun tapi mereka telah ingatkan macam mana pun kena standby duit juga, nanti Isnin sy dan ayah akan berjumpa setiausaha badan kebajikan masyarakat, ms ni kami di suruh bawa buku kwsp, buku bank , bil elektrik, ic dan bebarapa perkara lagi...sy amat berharap adik sy boleh sihat macam orang lain..yer..dia amat suka bola sepak, tiap2 petang akan pergi sekolah tengok kawan2 dia bermain, suatu ketika pernah bola yang di tendang terkena dada, terus pengsan dan stay dalam kecemasan 3 hari.di sekolah dia seorang pengawas, keputusan spm dah tahu..guru besar dah telefon bagitau keputusan dia alhamdulillah..tp takder plok dia bgtau brapa A..apa pun terima kasih semua...doakan adik Im sama yer...


Ikhlas, Zawiyah Hatip

Bukti2 untuk mengesahkan kisah diatas..

Anne : sedih sangat..mish berharap ada yang sudi membantu beliau..tak banyak sikit pon jadikla..dan paling penting kalau anda tak bole menderma doakan la adik Kak Weiya selamat dan sehat menjalani pembedahanya nanti..Thanks..


Update : utk pengetahuan anda Kak weiya adalah salah seorg pembaca setia Beautifulnara.com...dan kami pon dh mintak tolong ABg Nara untuk buatkan satu post buat kak weiya mana taw ada yang sudi membantu kan...Thanks Abg Nara..jasamu kami kenang sampai bila2.. ;) Layan http://www.beautifulnara.com/ untuk keterangan lanjut...

Wednesday, March 23, 2011

::Bengang::Statement tak guna OTAK??!!

Pakaian yang dikatakan menampakkan KELAINan kata Miera Liyana..Lain sangat kan???

Marah!!!!!

tu yang bole mish luahkan sekarang nie..

mengenai seorang artis pompuan yang suam2 kuku..berusia 18 tahun, artis tu pon tak bape nk popular dan yang paling penting tak berapa nak guna otak ketika membalas komen tentang kontroversi yang melanda diri dia baru2 ni di Majlis Rafflesia..Artis wanita ini yang dikenali sebagai Meira Liyana,pelakonan drama Kamelia Katrina di astro prima telah mengemparkan seluruh Malaysia dengan aksi berpakai ala2 orang tak cukup kain/telanjang yang telah mendedahkan sebahagian daripada buah dadanya untuk tontonan umum ...Amat memalukan industri seni tanah air Malaysia apabila artis berkenan telah memberikan komen balas yang sangat "BIJAK" pada pandangan mish...


"Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.
“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,“


Bijak sangat kan???artis suam2 kuku harapan bangsa...jawapan dan balasan komen tentang kontroversi artis ini sangat melampau dan diharap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan tindakan yang lebih serius ke atas artis suam2 kuku nie..Memalukan agama kita sendiri..harap piahk yang tertentu dapat buka mata..bukan buka mata seronok2 ok buka mata ambil tindakan!!thanks....

Tuesday, March 22, 2011

::Moh reramai terjah Blog Bro Aidid::

Assalamualaikum...
moh nak citer kat u alls...
mish adalah seorang follower blog http://aididmuaddib.blogspot.com/ .Seorang brother,lelaki,kacak???xtaw sbb xpenah tgok..hihihi...berakal..Bijak!!Beliau adalah seorang penentang yang menentang skim pyramid yang ado kat Malaysia nie...Kalau anda nak tahu yang kebanyakkan post dia tu melibatkan pembongkaran sistem2 MLM (Multi Level Marketing) ataupon sistem pyramid yang kita semua sedia maklum sistem macam ni memang dah lama sangat berleluasa di negara kita...Kalau dibaca dan diteliti oleh kita,kesemua pembongkaran yang di buat semuanya berasas,ada bukti yang sahih dan sangat2 logik untuk diterima oleh akal fikiran..bukan main tabur jekk...
Sebelom dia melampirkan bukti2 ataupon hujah2nya,dia akan buat research dulu..kaji..study betol2 sistem2 ni..dan terbukti kebanyakkan sistem2 ni semuanya nk menipu kita..Menipu bangsa kita..Menipu rakyat mcm kita...Semuanya gunakan jalan cepat dan mudah nk dapatkan duit..dengan menipu mereka2 yang bengong dan tongok untuk join sistem2 tu...
So kalau korang semua rasa macam berminat nak tahu kisah2 pembongkaran semua sisitem pyramid dalam malaysia nie..korang boleh klik http://aididmuaddib.blogspot.com/ dan terjah2 la blog dia ok...Selamat Menerjah!!

Adios..

MishNatrahDeSilva