Powered By Blogger

Tuesday, March 29, 2011

Bantulah Sahabat saya Kak Weiya...

Assalamualaikum


saya zawiyah binti hatip, pada mulanya agak susah juga nak publishkan kesusahan yang di hadapi..tapi bila memang takder cara lain..saya teruskan..lebih2 lagi ade yang sudi untuk bantu, knapa tak teruskan saje kan..pertama sekali terima kasih abg nara dan kawan2 yang selalu memahami..mereka semua saya kenal pun melalu BN juga..tengok sape kata bergosip langsung takder faedah kan..ok, pape pun saya nak bagitau..adik saya, mohd abdul rahim (IM) di kesan mengalami jantung berlubang sejak umo 3 bulan, patut la masa mak lahirkan dia, dia kecik sangat..lepas tu nangis pun tak mcm baby lain...suara dia slow jer, lepas ulang alik ke hospital machang, Im di rujuk ker HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia atau pun lebih di kenali sebagai hospital Kubang Kerian)bila umo dia dah 3 bulan, doktor sahkan dia menghadapi masalah jantung berlubang dan saluran ke paru-paru amat sempit. Sejak umo 3 bulan sampai la tahun 2004, ms ni umo dia kalu tak silap 11 tahun, kami ulang alik ke HUSM, doktor bagi ubat dan vitamin mcm tu jer..memang la ade usul suruh datang ker IJN tp atas tanggungan sendiri, mana la kami mampu, dengan kerja ayah sebagai buruh, mak surirumah..semuanya di luar kemampuan kami sekeluarga..tapi kami jaga dia dengan baik..jaga pergerakan, jangan terlalu lasak..berjalan jauh pun tak bagi sebab apa, sebab amat kesian tengok dia bila dia dah penat..muka yang biru, kuku tangan dan kaki hampir warna purple..tahun 2004 HUSM masuk kan tiub ke dalam jantung..untuk lihat sama saiz lubang tu dan saluran ke paru-paru..bila selesai semua tu..adik sy melalui proses yang sama..setiap bulan ulang alik ker HUSM tanpa tujuan yang pasti..cuma periksa tekanan darah, bagi vitamin..itu jer..tapi kami tak merungut, siapa kami untuk bercakap lebih2 kan..cuma turuti apa yang doktor arahkan...tahun 2008 seorang doktor cina ade buat surat untuk rujuk kan adik sy kat IJN..dia pesan kat mak..balik tunggu surat dari pihak HUSM untuk datang ker IJN..tapi segalanya berlalu macam tu jer sehinggalah bulan lepas bila doktor yang sama datang, dia terkejut bila mendapati adik Im masih tak jalani pembedahan.. Rupanya kes adik sy terlepas pandang lagi atas kelalaian staf HUSM alasan yang diberi surat tu belom siap..dari tahun 2008 sehingga 2011 buat satu surat pun tak siap...dalam hari yang sama doktor tu bagi surat dan adik sy patut datang jumpa pakar pada 8 march 2011..tapi kami kena tunggu salinan CD masa masuk kan tiub tahun 2004 tu..tunggu sampai petang tak siap juga...nak burn CD pun berjam-jam..maka mak ngan adik di suruh balik dan hari tu sudah 6 march 2011, esoknya selepas subuh salah seorang adik sy pergi HUSM dan menunggu CD yang tak siap2, sedangkan ayah, mak dan IM sedang tunggu bus untuk bertolak ke KL...tp alhamdulillah, pemandu bus memahami dan tunggu sampai pukul 11 baru bertolak dari machang. 8 march 2011 kami sekeluarga pergi ker IJN, bila nak daftar kena bayar dalam rm 140.00 sedangkan semua surat dah bagi ms daftar..termasuk surat dari jabatan kebajikan masyarkat, tapi tetap kena bayar dan ketika ini baru sy tahu JKM cuma bagi rm 18k..bila dah jumpa pakar, doktor pakar kata adik sy kena masuk tiub seklai lagi sebab dia dah besar, lagi pun dah lama sangt rekod masuk kan tiub dulu, takut lubang tu dah berubah, tak tahu sama ade dah makin besar atau kecil. Jadi doktor bagi surat untuk daftar masuk wad pada 20 marc 2011 dan nak masuk kan tiub pada 21, sebelom tu kena pergi bayar deposit dalam rm 5K untuk booking wad....ketika inilah sy ulang alik sehingga sy pun lupa berapa kali sy masuk pejabat taksiran untuk bincangkan kos...akhirnya..dapat keputusan..tolak dulu dari kos JKM bagi, walau macam mana pun kena booking tu, kena bg juga dalam rm 100.00..ok la aku ikut jer..bila selesai hal tu..ingat dah boleh balik mcm tu jer..tapi kena selesaikan bil hari tu...keseluruhn bil pada hari tu adalah rm 340.00, dah bayar rm 140.00 tinggal dalam rm 200.00, di sebabkan cash pun takder..dah petang dan sy seteguk air pun belom minum..sy ulang alik dr pejabat taksiran dan tolak dari kos JKM bagi tu...21 haribulan adik sy selamat masuk kan tiub, sepatutnya kena tunggu berbulan2 baru boleh cari tarikh untuk buat pembedahan tapi doktor kata adik sy dah tahap kecemasan, agak mengejutkan sebab selama ni kami tengok takder perubahan pun..tapi kami gembira juga sebab tak perlu tunggu lagi, bab duit takper, akan usahakan macam mana pun, so doktor kata tak payah balik..stay kat wad dan tunggu minggu depan..mak ngan ayah buat keputusan nak balik kelate dulu..kot2 sempat kerja 4-5 hari, boleh la duit sikit, bila ayah bertolak balik,,, adik sya telefon kena keluar wad nanti ahad ni masuk balik.. So 2 hari lepas adik sy keluar wad, ms ni kena bayar rm 3870.00, sekali lagi masuk akaun dan akan bincang kemudian..kemarin adik sy kena pergi bersihkan GG sebab nanti kuman dari GG akan masuk jantung. tapi doktor GG kata nak ambik masa satu minggu, bila hantar surat doktor GG ker IJN, doktor pakar kata macam mana pun kena buat cepat..dan kos untuk operation tu adalah dalam rm 30k dan itu tak termasuk kos stay kat wad...jadi sekarang sy pun tak pasti brapa kos keseluruhan memang la IJN akan bagi diskaun tapi mereka telah ingatkan macam mana pun kena standby duit juga, nanti Isnin sy dan ayah akan berjumpa setiausaha badan kebajikan masyarakat, ms ni kami di suruh bawa buku kwsp, buku bank , bil elektrik, ic dan bebarapa perkara lagi...sy amat berharap adik sy boleh sihat macam orang lain..yer..dia amat suka bola sepak, tiap2 petang akan pergi sekolah tengok kawan2 dia bermain, suatu ketika pernah bola yang di tendang terkena dada, terus pengsan dan stay dalam kecemasan 3 hari.di sekolah dia seorang pengawas, keputusan spm dah tahu..guru besar dah telefon bagitau keputusan dia alhamdulillah..tp takder plok dia bgtau brapa A..apa pun terima kasih semua...doakan adik Im sama yer...


Ikhlas, Zawiyah Hatip

Bukti2 untuk mengesahkan kisah diatas..

Anne : sedih sangat..mish berharap ada yang sudi membantu beliau..tak banyak sikit pon jadikla..dan paling penting kalau anda tak bole menderma doakan la adik Kak Weiya selamat dan sehat menjalani pembedahanya nanti..Thanks..


Update : utk pengetahuan anda Kak weiya adalah salah seorg pembaca setia Beautifulnara.com...dan kami pon dh mintak tolong ABg Nara untuk buatkan satu post buat kak weiya mana taw ada yang sudi membantu kan...Thanks Abg Nara..jasamu kami kenang sampai bila2.. ;) Layan http://www.beautifulnara.com/ untuk keterangan lanjut...

Wednesday, March 23, 2011

::Bengang::Statement tak guna OTAK??!!

Pakaian yang dikatakan menampakkan KELAINan kata Miera Liyana..Lain sangat kan???

Marah!!!!!

tu yang bole mish luahkan sekarang nie..

mengenai seorang artis pompuan yang suam2 kuku..berusia 18 tahun, artis tu pon tak bape nk popular dan yang paling penting tak berapa nak guna otak ketika membalas komen tentang kontroversi yang melanda diri dia baru2 ni di Majlis Rafflesia..Artis wanita ini yang dikenali sebagai Meira Liyana,pelakonan drama Kamelia Katrina di astro prima telah mengemparkan seluruh Malaysia dengan aksi berpakai ala2 orang tak cukup kain/telanjang yang telah mendedahkan sebahagian daripada buah dadanya untuk tontonan umum ...Amat memalukan industri seni tanah air Malaysia apabila artis berkenan telah memberikan komen balas yang sangat "BIJAK" pada pandangan mish...


"Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.
“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,“


Bijak sangat kan???artis suam2 kuku harapan bangsa...jawapan dan balasan komen tentang kontroversi artis ini sangat melampau dan diharap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan tindakan yang lebih serius ke atas artis suam2 kuku nie..Memalukan agama kita sendiri..harap piahk yang tertentu dapat buka mata..bukan buka mata seronok2 ok buka mata ambil tindakan!!thanks....

Tuesday, March 22, 2011

::Moh reramai terjah Blog Bro Aidid::

Assalamualaikum...
moh nak citer kat u alls...
mish adalah seorang follower blog http://aididmuaddib.blogspot.com/ .Seorang brother,lelaki,kacak???xtaw sbb xpenah tgok..hihihi...berakal..Bijak!!Beliau adalah seorang penentang yang menentang skim pyramid yang ado kat Malaysia nie...Kalau anda nak tahu yang kebanyakkan post dia tu melibatkan pembongkaran sistem2 MLM (Multi Level Marketing) ataupon sistem pyramid yang kita semua sedia maklum sistem macam ni memang dah lama sangat berleluasa di negara kita...Kalau dibaca dan diteliti oleh kita,kesemua pembongkaran yang di buat semuanya berasas,ada bukti yang sahih dan sangat2 logik untuk diterima oleh akal fikiran..bukan main tabur jekk...
Sebelom dia melampirkan bukti2 ataupon hujah2nya,dia akan buat research dulu..kaji..study betol2 sistem2 ni..dan terbukti kebanyakkan sistem2 ni semuanya nk menipu kita..Menipu bangsa kita..Menipu rakyat mcm kita...Semuanya gunakan jalan cepat dan mudah nk dapatkan duit..dengan menipu mereka2 yang bengong dan tongok untuk join sistem2 tu...
So kalau korang semua rasa macam berminat nak tahu kisah2 pembongkaran semua sisitem pyramid dalam malaysia nie..korang boleh klik http://aididmuaddib.blogspot.com/ dan terjah2 la blog dia ok...Selamat Menerjah!!

Adios..

MishNatrahDeSilva

Mimpi Kembali ke sekolah!!

Assalamualaikum...
arinie nak bercerita pulak tentang mimpi..
kelakor pulak bila tetibe jek TERmimpi yang mish kembali ke sekolah...

Oh My Gucci!!!
tetibe jek mish ada dalam perkarangan sekolah dan mish harus memilih balik mata pelajaran yang mish nak amek..adoiiii naik pusing kepala..kalau sebelom ni mish amek kelas Akaun dan untuk kali ni mish bingung nak amek akaun lg kew?
siap pakat2 la nie dgn kawan2 nk pilih kelas ape..hahahhaa..
u know what mish amek kelas ape?mish pilih kelas sastera sbb ape???i hate Matematik&Add mate tp suka duit...hihihihi..xsuka kira2 dan sangat tak berkira ok...hihihihi..

Mungkin sbb terlalu rindu saat bersama2 kawan2 waktu sekolah..kenangan manis yang tak mungkin luput dan lupus dr ingatan..kenangan terindah dalam hati mish begitu juga rakan2...tp apesal amek sastera??adoiii takkn nak jadik sasterawan negara menggantikan A.Samad Said???mungkin sbb darah seni mengalir dalam jiwa..sangat meminati dunia seni pementasan..teater..lakonan..sangat suka...bercita2 kalau ada peluang nak masuk kelas latihan lakonan..cewahhh...doa2kanla ekk..hihihi..korg agak2 penah mimpi funny2 x??ce citer..ce citer....jgn baca jek..skali skala komenla kat box bawah tu..hihihihi...ok la semua....jumpa lg...

adios...

P/s: hati terasa mengeletek kelakar sbb dengar citer amma kat opis nie lunch td buat lawak..xabes gelak lagi ni..hihihihihi

Hosting a tea party? #IremeBakeLove is offering a whole deal with cupcakes+creampuffs+tartlets. Only RM25! #MilkADeal

Hosting a tea party? #IremeBakeLove is offering a whole deal with cupcakes+creampuffs+tartlets. Only RM25! #MilkADeal

Monday, March 21, 2011

Buat "Temanku"

Tetibe nak story kisah seorang "Teman"

The Story begin with.....

Mish punya seorang teman....teman mish kata dulu..kehidupan nampak kelam..hdupnya terasa gelap..harinya terlalu suram...dia pernah dikecewakan..harapanya pernah dipadam kan oleh seorang insan bernama wanita....dalam usianya yang cukup muda...dia menghidapi bermacam2 jenis penyakit..membuatkan dia merasa begitu kelam dunia ini..begitu dekat hdupnya dengan tuhan...Manusia diuji dengan pelbagai jenis ujian..ada yang mencabar..ada yang biasa2..ada yang lebih teruk dr yang lain..setiap dugaan yang Allah turunkan pada hambanya takkn lebih drpada kemampuan hambanya..Allah S.W.T. tahu bahawa setiap ujian yang diberikan untuk mengajar manusia supaya lebih mengigati dirinya dan lebih mendekatkan dirinya dengan Allah S.W.T.

Sebagai seorg manusia yang lemah dan hina..kita hanya mampu berdoa moga dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat kelak...InsyAllah..

Katanya..sekarang dia bisa melihat sedikit cahaya..
yang datang dr ruang2 udara...
datang tanpa terduga...menghampiri dirinya yang serba kekurangan.
namun terima dengan hati yang terbuka...
cahaya yang datangnya dr seorang wanita...Wanita yang dia cintai..dia sayangi tp dlm diam2..
tp dia takut untuk meluahkan kerana gusar kegembiraan yang dia terima cuma sementara...
dan dia takut wanita yang dia cintai itu bahagia untuk seketika...pada masa yang sama..si wanita sedang menunggu si jejaka nie meluahkan rasa dahulu...

p/s : kalau ko xreti sangat nak luahkan..ko pass jek bg kat mish..tawla aku berpuisi,sajak,pantun untuk kau..hahahah..silap2 masuk sejarah nanti kisah nie taw ;p

Tadah tangan nak doa nie....
YA ALLAH YA TUHANKU...
KU MOHON PADAMU..
KAU BERKATILA HUBUNGAN MEREKA BERDUA..SATUKAN HATI MEREKA..TITIPKAN KEMESRAAN..KASIH SAYANG SERTA KERINDUAN KEPADA MEREKA..KAU PANJANGKANLA JODOH MEREKA SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR NYAWA...AMIN...

** This post i dedicate to someone.."U know who you are"..Kalau kamu baca post nie ketahuila bahawa aku sayang giler kat korg berdua k..Friends 4 ever!!!

akan ku update pengakhiran kesah ini kelak..tungguuu..

Big Business under table???

Terkezut tak dengan tajuk yang ku pertontonkan pada kalian semua???
mendebarkan..???hahahaha..business ape yang di buat di bawah meja????
Rasuah di bawah meja???no..no..no..say no to Rasuah..abeh tu tangkap tikus bawah meja??semestinya bukan jugak....Bisness nie hanya adik2 mcm manja mish di bawah nie jek yang selalu buat...mula2 mish pon tak bape nak paham bisness yang dia buat tu..nampak serius benorr..dahi pon cantum2..seperti mengerut dan meneran..



Dipaksa keluar pon xmo...ape benda yang dia buat bawah meja tu????

Sempat memuncungkan mulut dia ...baru nk kuar setelah dipaksa2....

agak2 dapat teka tak bisness ape yang dia buat bawah meja tu??Kebarangkalian dia cuba untuk mendapatkan feellllll...hahahahahha....korang pon ada tak agak2nya yg mcm gitu??ada tu...hihihihih....

p/s :Manja kesayangan mish after adik nasuha....Manja Nurain Damia ;) Adios...

Happy Birthday Nasuha!!

Selamat Pagi malaysia!!!
Pejam celik pejam celik isnin sudah..cepat sungguh hujung minggu berlalu..
tak terasa hilang letih nie terus sahaja isnin menjelma..kalau semua perasan semenjak dua menjak nie mish terasa macam kat luar negara pon ada..sejuk bebenorr...hhihihih...Mulala mood malas nak bangun tdo untuk berkerja tu datang...kihkihkih....

Actually bukan tu yang mish nk storykan arinie..
ni ha nak share with semua birthday celebration my yonger sister Ms Nasuha Roslan De Silva yang disambut pada tepat jam 12malam 17.3.2011...Genapla umur beliau 11 tahun...cepat sungguh masa berlalu..sepantas hari2 yang kita semua lalui...dan dh besar pon adik mish yang sorang ni...dah nk jadik anak dara sunti...xlama lagi mak mish dapat menantu lagi la..hihihihih....
Mang pusing kepala kot nk mencari hadiah yang sesuai untuk bezday dia...yela umur dh 11 tahun..takkn nak bg mainan masak2 kan???soo pada hari rabu lepas balik dr keje mish suruh incik Love hantar g Mid Valley..so mish pon jalan2 area Jusco and sedang membelek2 barang2 kat sana mish pon ternampak satu hadiah yang agak dapat mencuri perhatian mish and i know adik mish pon pasti sukakanya...
Taraaaaaa.....................

Beauty box..Mish suka sgt!! adik mish suka kumpul barang2 seperti anting2,mainan patung barbie dia..so sesuai la kan barang2 tu dia isi dalam kotak nie..and dia pon leh gantung baju2 patung barbie dia dalam kotak tu..takla bersepah dan takdela barang2 tu Mak mish buang ;p
dan yang pasti dia sgt sukakanya!!Alhamdulillah berjaya.....
Hadiah seterusnya........
Barbie Art Set...Hadiah ni from My Eldest Sisiter...cantik sgt!!kalau mish kecik i also will ask my sister to buy for me..sgt cute ok..i like barbie..hihihihi

Seterusnya....

Cute Pencil case & Tabung Barbie...u see Barbie lagi..Nak jugak..Nak jugak!!!!
Hadiah ni pemberian Abang iparku merangkap suami kepada kakak ku..hihihih..adik mish dah lama merengek nak pencil case baru..dia kata pencil case yang dia ada sekarang nie tak cantik..demand sungguh!


Next is........

tuuu diaaaaa.....Barbie Fashionable Doll.....Besar2 pon masih dapat lagi patung barbie ok..jgn jeles....Ni hadiah pemberian Mak,Abah dan My Big Brother Mr Aboy...sangat cute...Baju barbie tu cantik2 kalau besar dh lama ku pinjam pakai g dinner...hahahahha....


Next Special Frommm.....

haaa yang ni from Incik Love saya @ Mr Amush..Beautiful Diary & Geometri Set...Yela my sis kan dh besar so for sure she need that diary untuk menulis catatn kehidupan dia..and My Sis really love it!! tp Incik Love bagi jek duit kat mish yang pilih hadiah tu pon mish..so i cleaver better than him ;p


Last but not least...........

Hadiah terbaik sepanjang bulan 3 nie..Sweater!!!Almaklum la sekarang ni kan musim sejuk..sesuai sangatla dapat sweater ni...Actually sweater ni diberkan oleh dua orang yang berbeza...Yang belah kiri warna hitam tu from My second brother Mr Aril..Sweater Made by PUMA yang sangat cool and funky...Yang disebalahnya pula Made by POLO hadiah daripada Kak Ila..Mak mish jaga anak dia so on my sis birthday di belikan sweater ni dan set baju tidur..tp baju tu tak sempat tangkap sbb adik mish dh pakai...hihihih..


Peh best kan hadiah2 kat ats tu????nak dikatakan 90% hadiah yang dia dapat this year sumenya brand BARBIE....pink..pink..pink....nama pon pompuan kan..asl warna pink mulala menjerit OooHhhhh SUka Sangat!!!!!hihihihihi........
Sebenarnya bukan hadiah yang menjadi ukuran tetapi ucapan tanda kita mengingatinya itu lebih penting dr segalanya...Bukan mudah mencari hadiah untuk buat seseorang itu suka dan ingat kat kita tetapi ucapan yang ringkas itu lebih berharga kerana dia tahu kita tak pernah lupakan dia...cuma bezanya biasala budak2 kalau celebrate bezday tanpa hadiah mcm tak seronok kan..so hope korang pon enjoy celebrate korg punya bezday k...untuk esape yang sambut bezday arinie ke..esok ke..lusa ke..tulat ke atau hari2 yang seterusnya..SELAMAT HARI LAHIR mish ucapakan semoga hidup anda lebih dirahmati olehnya dan semoga berbahagia di hari lahirmu...Assalamualaikum... ;)


P.S. : Saje jek buat warna warni entry kali nie nampak meriah sikit kan..hihih...enjoy!

Thursday, March 17, 2011

::Madah Pujangga Hari ini::

Cinta tidak pernah meminta..Ia sentiasa memberi..
Cinta membawa kepada penderitaan..tetapi ia tidak pernah berdendam..Tak pernah membalas dendam..
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan..
Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan~~~Mahatma Gandhi~~~

Wednesday, March 16, 2011

Pencarian Gadis Melayu terlampau??

Assalamualaikum...

Astagfirullahalazim......
itula yang dapat mish jelaskan setelah mengoogle gambar2 finalis PERTANDINGAN PENCARIAN "GADIS MELAYU" EDISI JOHOR BAHRU yang dikatakan telah berlangsung di Plaza ANgsana Johor...dan yang memalukan adalah para finalis dikatakan "BERKEMBAN" diatas pentas semasa pertandingan tersebut...dan yang paling peliknya penganjur boleh memberikan jawapan yang bole dikatakan "BODOH" iaitu selendang2 yang dipakai oleh para finalis terjatuh ke lantai..dan lebih memelikkan lagi takkan jatuh serentak pulak??
pakej jatuh serentak bersama kew???
memang tersangat tak masuk akal...
dan yang lebih memalukan...
Juaranya berusia 17 tahun pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Tun Syed Nasir ismail,Kampung Melayu majidi..dan lebih menyegankan mish is........SHE'S MY RELATIVE!!!!!
erkkk no wonderla baca dalam FB dia orang panggil dia Dang Wangi..rupanya dia dapat jadi juara dalam pertandingan tu dan bakal berlakon filem Hang Jebat yang dikatakan menelan belanja sebanyak 5.5juta!!!dan dia jugak bakal digandingkan dengan pelakon hebat Zulhuzaimi..

Gambarnya tak tergamakla mish nk tepek kat blog nie..bkn org lain pon...erkkk malasla kalau nk korg google search la ok...

Doa mish untuk dia...Dunia artis nie sangatla kecil...tapi jurangnya dalam..kalau tak hati2 anda bakal terjerumus ke lembah hitam...bukan diri sendiri yang malu..tp kamu dan kaum keluarga..dahla org tua kamu begitu dikenali di Kampung Melayu majidi tu...Jagala nama baik mereka dan jangan sesekali lupa diri bila sudah popular(tu pon kalau popular la eh dik!)

Akhir kata..ku hanya mampu tergamam dan bertawakal semoga segalanya berjalan lancar...

Update : Khabarnya beliau bakal ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus lakonan dan bakal menjalankan pengambaranya dia Perak..Good Luck!

Tuesday, March 15, 2011

Movie Day Out wit Beautifulnara ;)

:: Klik pada gambar utk membesarkanya! hihihih::

Seronok!!!!
tula perkataan yang bole mish terjemahkan ketika keluar bersama rakan2 readers Beautifulnara menonton Hikayat Merong Mahawangsa..Memang superb coolll..happening dan enjoy sgt...dah lama tak jumpa diaorang and chit chat reramai..so bila dpt jumpa memang seronok sangat...We all pon enjoy menonton HMM yang sememangnya superb kreatif dan hebat..Anak melayu punya movie..cacat cela tu biasala kan pasti ada tp untuk permulaan sudah cukup hebat dan membanggakan...Semoga KRU terus memperjuangkanya dan terus menerus mencipta filem2 yang hebat2 belaka...layan serba sedikit gambar dengan rakan2 BN pada sabtu lepass.. ;)



Super cute!

Love babe this pic!

Lovely Beautifulnara Fans!!!
Kesimpulanyaaa....
Kami HAPPY!!!!

Kami TERkemalangan..Alhamdulillah selamat..

Last week 5 Mac 2011...My Self,Tunang dan ibuku mengalami kemalangan..tp bukanla kemalangan yang teruk giler tu..

Kemalangan kecil tp marabahaya jugakla...
Kereta Saga BLM yang dipandu oleh tunang saya telah melanggar sebijik bus kilang yang parking di corner jalan menghala ke arah Bangsar Telawi..
mungkin ketika memandu tu tunang saya berangan mcm bawak kereta kebal ataupon dia nak test drive kereta buatan Malaysia ni kuat atau tidak....huhhuhuhuhu

Walau bagaimanapon kami bertiga selamat cuma kereta kami yang tak berapa nak selamat...
So pada 6 Mac 2011 kami telahpon membuat laporan polis dan tunang saya ada kawan yang mempunyai bengkel untuk merawat kereta kami...so selepas buat report pada isnin lepas kami pon hantar kereta ke bengkel untuk dibedah siasat...
Fender depan sehingga ke pindu belakang mengalami kecederaan...Side Mirror kami lemah longlai setelah terkena bucu belakang bus tersebut...Gambar kereta ketika kemalangan tak sempat mish amek tp tunang mish simpanla gambar tu...dan baru2 ni kami sempat menjengah bengkel yang merawat kereta kami tu..Alhamdulillah fender depan sudah ditukar baru...Side mirror pon sudah diganti..Pintu depan dan belakang semakin pulih setelah diketuk2 dan diberi ubat...Amin cuma tinggal dorang nk simen dan cat semula kereta tu jek...

Pintu belakang yang terseret dan Mudguard yang bengkang bengkok siap diketok!
Fender depan dah tukar baru...yeyyhh!! ;)

Doa kami semoga cepat sembuh yek nak!!! ;p

My Engagement Photobook sampai sudah!!

Assalamualaikum...
rasanya agak lama jugak tak update my blog..sangat lama almost 2 month....
Miss rasanya kat blog nie tp sbb belum jumpa mood untuk berblogging jadik blog ini dibiarkan kesepian untuk seketika waktu..
Alhamdulillah rasanya lom terlambat untuk bgtau semua yang my Photobook Album sudah siap..Alhamdulillah..memang cekap..pantas serta kemas photobook nie..Mish telah menggunakan khidmat UPRINT untuk mengabadikan kenangan Majlis Pertunangan mish dalam bentuk Photobook...Mish sendiri telah mendesignkan photobokk tersebut mengikut citarasa mish dan hantar ke UPRINT untuk dicetak dan dijadikan photobook...Harganya pon lebih mura..murah..murahhh sangat berbanding dengan menggunakan khidmat Photographer biasa..memangla dorg gunakan album yang lebih canggih..kertas yang lebih tebal..tp di UPRINT pon anda masa lg bole memilih jenis2 photobook dan ketebalan kertas yang anda inginkan mengikut citarasa dan budjet anda..
yang mish buat ni tak sampai RM150 pon dan mempunyai 25 muka surat..setiap helaian tak kesahla korg nk muatkan berapa keping gambar pon mengikut kreativiti sendiri..Penghantaran pon sangat cepat...2 hingga 4 hari waktu berkerja...

so kalau u alls rasa berminat untuk mengabadikan kenangan u allllsssss dengan UPRINT..
langkahnya cukup mudah!!
1. Layari http://www.u-print.com.my/

2. Download software UPRINT (jgn bimbang mudah dan selamat)

3. Design mengikut kretiviti anda sendiri...

4. Hantarkan tempahan photobook anda kepada UPRINT dan lakukan pembayaran selepas tu..

Mudah..ringkas dan pastinya berbaloi...baloi..Selamat Mencuba!!

So lets review photobook mish.....


Sudah sampai....


Memang saya suka sgt!!!!

sangat puas hati kerana saya design sendiri ;)

Happy..Happyy.. Happyy...
lepas ni kalau ada yang tanya saya leh tunjuk jekkan..
walaupon tak banyak and nipis..tp sy puas hati sebab gambar dan cetakkanya sangat cantik..
guyss..SELAMAT MENCUBA!!!