Powered By Blogger

Tuesday, March 15, 2011

Kami TERkemalangan..Alhamdulillah selamat..

Last week 5 Mac 2011...My Self,Tunang dan ibuku mengalami kemalangan..tp bukanla kemalangan yang teruk giler tu..

Kemalangan kecil tp marabahaya jugakla...
Kereta Saga BLM yang dipandu oleh tunang saya telah melanggar sebijik bus kilang yang parking di corner jalan menghala ke arah Bangsar Telawi..
mungkin ketika memandu tu tunang saya berangan mcm bawak kereta kebal ataupon dia nak test drive kereta buatan Malaysia ni kuat atau tidak....huhhuhuhuhu

Walau bagaimanapon kami bertiga selamat cuma kereta kami yang tak berapa nak selamat...
So pada 6 Mac 2011 kami telahpon membuat laporan polis dan tunang saya ada kawan yang mempunyai bengkel untuk merawat kereta kami...so selepas buat report pada isnin lepas kami pon hantar kereta ke bengkel untuk dibedah siasat...
Fender depan sehingga ke pindu belakang mengalami kecederaan...Side Mirror kami lemah longlai setelah terkena bucu belakang bus tersebut...Gambar kereta ketika kemalangan tak sempat mish amek tp tunang mish simpanla gambar tu...dan baru2 ni kami sempat menjengah bengkel yang merawat kereta kami tu..Alhamdulillah fender depan sudah ditukar baru...Side mirror pon sudah diganti..Pintu depan dan belakang semakin pulih setelah diketuk2 dan diberi ubat...Amin cuma tinggal dorang nk simen dan cat semula kereta tu jek...

Pintu belakang yang terseret dan Mudguard yang bengkang bengkok siap diketok!
Fender depan dah tukar baru...yeyyhh!! ;)

Doa kami semoga cepat sembuh yek nak!!! ;p

My Engagement Photobook sampai sudah!!

Assalamualaikum...
rasanya agak lama jugak tak update my blog..sangat lama almost 2 month....
Miss rasanya kat blog nie tp sbb belum jumpa mood untuk berblogging jadik blog ini dibiarkan kesepian untuk seketika waktu..
Alhamdulillah rasanya lom terlambat untuk bgtau semua yang my Photobook Album sudah siap..Alhamdulillah..memang cekap..pantas serta kemas photobook nie..Mish telah menggunakan khidmat UPRINT untuk mengabadikan kenangan Majlis Pertunangan mish dalam bentuk Photobook...Mish sendiri telah mendesignkan photobokk tersebut mengikut citarasa mish dan hantar ke UPRINT untuk dicetak dan dijadikan photobook...Harganya pon lebih mura..murah..murahhh sangat berbanding dengan menggunakan khidmat Photographer biasa..memangla dorg gunakan album yang lebih canggih..kertas yang lebih tebal..tp di UPRINT pon anda masa lg bole memilih jenis2 photobook dan ketebalan kertas yang anda inginkan mengikut citarasa dan budjet anda..
yang mish buat ni tak sampai RM150 pon dan mempunyai 25 muka surat..setiap helaian tak kesahla korg nk muatkan berapa keping gambar pon mengikut kreativiti sendiri..Penghantaran pon sangat cepat...2 hingga 4 hari waktu berkerja...

so kalau u alls rasa berminat untuk mengabadikan kenangan u allllsssss dengan UPRINT..
langkahnya cukup mudah!!
1. Layari http://www.u-print.com.my/

2. Download software UPRINT (jgn bimbang mudah dan selamat)

3. Design mengikut kretiviti anda sendiri...

4. Hantarkan tempahan photobook anda kepada UPRINT dan lakukan pembayaran selepas tu..

Mudah..ringkas dan pastinya berbaloi...baloi..Selamat Mencuba!!

So lets review photobook mish.....


Sudah sampai....


Memang saya suka sgt!!!!

sangat puas hati kerana saya design sendiri ;)

Happy..Happyy.. Happyy...
lepas ni kalau ada yang tanya saya leh tunjuk jekkan..
walaupon tak banyak and nipis..tp sy puas hati sebab gambar dan cetakkanya sangat cantik..
guyss..SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, January 10, 2011

Alhamdulillah semuanya Berjalan Lancar ;)

Im Your's ;)

Tayang cincin ;p

Posing tepi sangkar burung u allssss ;)


BFF saya yang setia menemaniku ;) thnks korg....muahh..



Ciuman kasih dari kakak dan adiku..muah luv korg ;)

Amin Ya Rabbalalamin...
Semuanya berjalan dengan sangat2 lancar...
tanpa sebarang masalah..
Syukur padamu Ya Allah melancarkan perjalanan Majlis Pertunanganku ini...
banyak sangat gambar yang ada tak terupload rasanya...kalau nk tengok lagi pi terjah my Facebook kat sna ada banyak gambar untuk di sharekan dengan kawan2 sume...
Doakan hubungan nie kekal selamanya..Amin..
Salam Sayang...Mish ;)

Thursday, January 6, 2011

Ucapanku for the Last 2 days before becoming someone Fiance

Persiapan Sebelom Majlis

Salam...
berdebar...seram..nervouse..teruja.... my second last day become bachelor!!!
peh makin dekat tarikhnya semakin rasa nk gugr jantung nie bila teringatkan..
Alhamdulillah 80% hampir sempurna Majlis yang bakal berlangsung nie..
Amin Ya Allah kerana kau permudahkan jalan hambamu ini untuk membina sebuah Masjid suatu hari nanti...

Mintak2 semuanya akan ok sepanjang Majlis yang bakal berlangsung sabtu nie..dapat juga berjumpa dengan sahabat2 handai..saudara mara yang dekat mahupon jauh...Sekurang2nya Majlis nie jugak dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua..
Harap doa kalian tak putus2 supaya kami dapat kekal selamanya..amin...

So far semuanya sudah mish uruskan..
kunci dewan sudah emak ambil di DBKL sebentar tadi..
Backdrop & Door Gift akan sampai besok malam...
Hantaran sudah di hantar kepada makcik saya di Sungai Besi dan beliau jugak sudi sponsor Hantaran buah-buahan untuk saya..tahnks usu Mah!..tak lupe jugak jiran saya Abg Azrul ,Umi & Kak Salmi yang sudi nk sponsor Coklat & Puding...Thanks a lot...

Updated : tak lupa jugak kepada guruku Cikgu Fariza Hani yang sudi sponsor Telekong saya untuk hantaran perkahwinan..Mekasih cgu ;)

UCAPANKU buat mereka yang terlibat

Terima Kasih yang tak terhingga mish tujukan pada Mak & Abah..Penguat semangat supaya Majlis Pertunangan saya direalisasikan..Terima kasih diatas jasa kalian membesarkan mish sehingga menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat....Thanks jugak sbb mereka yang sponsor Dewan & Khemah untuk Majlis mish nanti..Tak lupe gak buat Abg Long,kak long & Abg Boy yang sudi sponsor Door Gift untuk para tetamu nanti..Adik Sharil & Adik wawa walaupon tak tolong paper dr segi duit atau barang tp dorg semangat saya dan bantu dr segi tenaga kerja....Pak Lang yang bagi sedikit Financial...Busu,Maktok,AbahAtok,Acik&cute daughters Allisa&Lydia,Mak Ngah,Pak Ngah dan semua ahli keluarga yg membantu...Sahabat mish..Ema yang sponsor Baju hantaran mish..Emah yang bakal menjadi Cameraman semasa Majlis mish berlangsung nanti...dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pertunangan Mish sabtu nie..Terima Kasih banyak..

Tak lupa juga kepada My One & the Only Mr AMush yang banyak membantu dr segi kewangan mahupon tenaga kerja sepanjang persiapan nie berlangsung..Doa saya supaya awak bakal menjadi seseorang yang bole saya harapkan..seseorang yang bole saya sandarkan kepala ke bahu waktu saya suka mahupon duka..seseorang yang menerima saya seadanya diri saya...tak terucapakn dengan kata betapa saya bersyukur mengenali awak dan berharap hubungan ini kekal ke akhir hayat...Amin...

Tuesday, January 4, 2011

Excited + Teruja + Nervouse = Happy!!

Assalamualaikum....

Pelik tak tengok my entry kali nie??actually this coming saturday 8 Januari 2011 adalah tarikh keramat buat diriku yang bernama Natrah...aku akan berubah status daripada single menjadi tunangan orang...Jejaka yang berjaya menakluki hati nie Mr. Amush yang selalu ada disisi saat mish susah mahupun senang...Alhamdulillah berkat doa keluarga..teman2...hubungan nie kami kukuhkan lagi dengan ikatan tali pertunangan...Mohon doa semua supaya ikatan nie nanti kekal sehingga ke Jinjang Pelamin dan sehingga ke akhir hayat..InsyAllah...

Majlis Pertunangan nie diadakan hanya untuk keluarga dan teman2 rapat sahaja serta jiran2 tetangga...berharap agar Majlis nie bakal berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang berlaku..Nanti akan mish postkan gambarnye ok...

Mood : berdebar2 ;)

Salam Sayang semua..

Tuesday, December 14, 2010

Bonggol Unta vs Tudung + TREnd??


Seperti yang sedia maklum…pemakaian tudung zaman sekarang bersanggul tinggi seperti sudah menjadik satu trend dalam Masyarakat Islam terutamanya kaum hawa di Malaysia mahupun di serata tempat…Dari mana dan sejak bila trend ini diperkembangkan pon kita sendiri kurang pasti dan sesungguhnya cukup gerun dan gentar tatkala membaca ataupon mendengar hukum serta hadis Nabi Muhammad S.A.W. tentang pemakaian tudung dan sanggul wanita..
Kalau dilihat peredaran masa zaman sekarang kaum wanita seperti berlumba-lumba meninggikan sanggul mereka dengan mengenakan bermacam-macam jenis tudung yang nipis dan diikat ketat di kepala…Persoalanya kini…Hadis Nabi yang berbunyi:

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

dan

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Sometimes manusia nie bila nak cantik sering kali terlupa dan terlepas pandang tentang hukum walaupun dah belajar banyak kali…and i one of them..Sama-sama kita belajar dari kesilapan dan jika bole sahabat2 yang mengenakan tudung dan sanggul yang tinggi dapat berubah dan memakai tudung dengan lebih sopan dan sama2 mendapat kebaikan..

Saya sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat daripada seorang teman..Harap rakan2 dapat kebaikanya jua…

Wednesday, December 1, 2010

~Cinta Tiga Segi~

Sukarnya untuk meluahkan perasaan hati bila kita kata "SUKA" pada seseorang..
sukarnya untuk menyambut cinta dia bila kita masih terikat dengan seseorang...
sukarnya untuk katakan "TIDAK" kepada kedua2nya bila hati masih sayang.....

saya cube untuk lebih mendalami isi hati sahabat saya...
dalam kata lain cube merungkaikan permasalahan yang melanda..
mana taw ada idea2 saya yang bernas boleh dia gunakan untuk mengatasi masalah yang menghurung hidupnya semnjak dua menjak ini...
saya faham bkn mudah untuk mecintai dan dicintai..
tapi bila masuk soal "HATI" memang sukar untuk kita tepis segala perasaan yang hadir...
mendalami hati seorang insan bergelar sahabat buat saya berfikir..
dari mana datangnya cinta itu..

wanita..
kami mudah melafazkan cinta bila sang jejaka menghargai setiap saat bersama dengan mood yang romantik dan perkataan yang syahdu....
lebih2 lagi jika sang jejaka begitu mengambila berat akan setiap perlakuan kami...
takkan tak cair kot kan???tp mcmana nk melepaskan antara dua jejaka ini??ada idea??

kepada rakan2 yang banyak idea bole membantu dalam merungkaikan permasalahan ini bolehla sharekan pendapat2 anda semua kepada saya...mana taw sedikit sebanyak bole membantu sahabat saya ini untuk keluar dr permasalahan ini..InsyAllah....