Powered By Blogger

Tuesday, March 29, 2011

Bantulah Sahabat saya Kak Weiya...

Assalamualaikum


saya zawiyah binti hatip, pada mulanya agak susah juga nak publishkan kesusahan yang di hadapi..tapi bila memang takder cara lain..saya teruskan..lebih2 lagi ade yang sudi untuk bantu, knapa tak teruskan saje kan..pertama sekali terima kasih abg nara dan kawan2 yang selalu memahami..mereka semua saya kenal pun melalu BN juga..tengok sape kata bergosip langsung takder faedah kan..ok, pape pun saya nak bagitau..adik saya, mohd abdul rahim (IM) di kesan mengalami jantung berlubang sejak umo 3 bulan, patut la masa mak lahirkan dia, dia kecik sangat..lepas tu nangis pun tak mcm baby lain...suara dia slow jer, lepas ulang alik ke hospital machang, Im di rujuk ker HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia atau pun lebih di kenali sebagai hospital Kubang Kerian)bila umo dia dah 3 bulan, doktor sahkan dia menghadapi masalah jantung berlubang dan saluran ke paru-paru amat sempit. Sejak umo 3 bulan sampai la tahun 2004, ms ni umo dia kalu tak silap 11 tahun, kami ulang alik ke HUSM, doktor bagi ubat dan vitamin mcm tu jer..memang la ade usul suruh datang ker IJN tp atas tanggungan sendiri, mana la kami mampu, dengan kerja ayah sebagai buruh, mak surirumah..semuanya di luar kemampuan kami sekeluarga..tapi kami jaga dia dengan baik..jaga pergerakan, jangan terlalu lasak..berjalan jauh pun tak bagi sebab apa, sebab amat kesian tengok dia bila dia dah penat..muka yang biru, kuku tangan dan kaki hampir warna purple..tahun 2004 HUSM masuk kan tiub ke dalam jantung..untuk lihat sama saiz lubang tu dan saluran ke paru-paru..bila selesai semua tu..adik sy melalui proses yang sama..setiap bulan ulang alik ker HUSM tanpa tujuan yang pasti..cuma periksa tekanan darah, bagi vitamin..itu jer..tapi kami tak merungut, siapa kami untuk bercakap lebih2 kan..cuma turuti apa yang doktor arahkan...tahun 2008 seorang doktor cina ade buat surat untuk rujuk kan adik sy kat IJN..dia pesan kat mak..balik tunggu surat dari pihak HUSM untuk datang ker IJN..tapi segalanya berlalu macam tu jer sehinggalah bulan lepas bila doktor yang sama datang, dia terkejut bila mendapati adik Im masih tak jalani pembedahan.. Rupanya kes adik sy terlepas pandang lagi atas kelalaian staf HUSM alasan yang diberi surat tu belom siap..dari tahun 2008 sehingga 2011 buat satu surat pun tak siap...dalam hari yang sama doktor tu bagi surat dan adik sy patut datang jumpa pakar pada 8 march 2011..tapi kami kena tunggu salinan CD masa masuk kan tiub tahun 2004 tu..tunggu sampai petang tak siap juga...nak burn CD pun berjam-jam..maka mak ngan adik di suruh balik dan hari tu sudah 6 march 2011, esoknya selepas subuh salah seorang adik sy pergi HUSM dan menunggu CD yang tak siap2, sedangkan ayah, mak dan IM sedang tunggu bus untuk bertolak ke KL...tp alhamdulillah, pemandu bus memahami dan tunggu sampai pukul 11 baru bertolak dari machang. 8 march 2011 kami sekeluarga pergi ker IJN, bila nak daftar kena bayar dalam rm 140.00 sedangkan semua surat dah bagi ms daftar..termasuk surat dari jabatan kebajikan masyarkat, tapi tetap kena bayar dan ketika ini baru sy tahu JKM cuma bagi rm 18k..bila dah jumpa pakar, doktor pakar kata adik sy kena masuk tiub seklai lagi sebab dia dah besar, lagi pun dah lama sangt rekod masuk kan tiub dulu, takut lubang tu dah berubah, tak tahu sama ade dah makin besar atau kecil. Jadi doktor bagi surat untuk daftar masuk wad pada 20 marc 2011 dan nak masuk kan tiub pada 21, sebelom tu kena pergi bayar deposit dalam rm 5K untuk booking wad....ketika inilah sy ulang alik sehingga sy pun lupa berapa kali sy masuk pejabat taksiran untuk bincangkan kos...akhirnya..dapat keputusan..tolak dulu dari kos JKM bagi, walau macam mana pun kena booking tu, kena bg juga dalam rm 100.00..ok la aku ikut jer..bila selesai hal tu..ingat dah boleh balik mcm tu jer..tapi kena selesaikan bil hari tu...keseluruhn bil pada hari tu adalah rm 340.00, dah bayar rm 140.00 tinggal dalam rm 200.00, di sebabkan cash pun takder..dah petang dan sy seteguk air pun belom minum..sy ulang alik dr pejabat taksiran dan tolak dari kos JKM bagi tu...21 haribulan adik sy selamat masuk kan tiub, sepatutnya kena tunggu berbulan2 baru boleh cari tarikh untuk buat pembedahan tapi doktor kata adik sy dah tahap kecemasan, agak mengejutkan sebab selama ni kami tengok takder perubahan pun..tapi kami gembira juga sebab tak perlu tunggu lagi, bab duit takper, akan usahakan macam mana pun, so doktor kata tak payah balik..stay kat wad dan tunggu minggu depan..mak ngan ayah buat keputusan nak balik kelate dulu..kot2 sempat kerja 4-5 hari, boleh la duit sikit, bila ayah bertolak balik,,, adik sya telefon kena keluar wad nanti ahad ni masuk balik.. So 2 hari lepas adik sy keluar wad, ms ni kena bayar rm 3870.00, sekali lagi masuk akaun dan akan bincang kemudian..kemarin adik sy kena pergi bersihkan GG sebab nanti kuman dari GG akan masuk jantung. tapi doktor GG kata nak ambik masa satu minggu, bila hantar surat doktor GG ker IJN, doktor pakar kata macam mana pun kena buat cepat..dan kos untuk operation tu adalah dalam rm 30k dan itu tak termasuk kos stay kat wad...jadi sekarang sy pun tak pasti brapa kos keseluruhan memang la IJN akan bagi diskaun tapi mereka telah ingatkan macam mana pun kena standby duit juga, nanti Isnin sy dan ayah akan berjumpa setiausaha badan kebajikan masyarakat, ms ni kami di suruh bawa buku kwsp, buku bank , bil elektrik, ic dan bebarapa perkara lagi...sy amat berharap adik sy boleh sihat macam orang lain..yer..dia amat suka bola sepak, tiap2 petang akan pergi sekolah tengok kawan2 dia bermain, suatu ketika pernah bola yang di tendang terkena dada, terus pengsan dan stay dalam kecemasan 3 hari.di sekolah dia seorang pengawas, keputusan spm dah tahu..guru besar dah telefon bagitau keputusan dia alhamdulillah..tp takder plok dia bgtau brapa A..apa pun terima kasih semua...doakan adik Im sama yer...


Ikhlas, Zawiyah Hatip

Bukti2 untuk mengesahkan kisah diatas..

Anne : sedih sangat..mish berharap ada yang sudi membantu beliau..tak banyak sikit pon jadikla..dan paling penting kalau anda tak bole menderma doakan la adik Kak Weiya selamat dan sehat menjalani pembedahanya nanti..Thanks..


Update : utk pengetahuan anda Kak weiya adalah salah seorg pembaca setia Beautifulnara.com...dan kami pon dh mintak tolong ABg Nara untuk buatkan satu post buat kak weiya mana taw ada yang sudi membantu kan...Thanks Abg Nara..jasamu kami kenang sampai bila2.. ;) Layan http://www.beautifulnara.com/ untuk keterangan lanjut...

Wednesday, March 23, 2011

::Bengang::Statement tak guna OTAK??!!

Pakaian yang dikatakan menampakkan KELAINan kata Miera Liyana..Lain sangat kan???

Marah!!!!!

tu yang bole mish luahkan sekarang nie..

mengenai seorang artis pompuan yang suam2 kuku..berusia 18 tahun, artis tu pon tak bape nk popular dan yang paling penting tak berapa nak guna otak ketika membalas komen tentang kontroversi yang melanda diri dia baru2 ni di Majlis Rafflesia..Artis wanita ini yang dikenali sebagai Meira Liyana,pelakonan drama Kamelia Katrina di astro prima telah mengemparkan seluruh Malaysia dengan aksi berpakai ala2 orang tak cukup kain/telanjang yang telah mendedahkan sebahagian daripada buah dadanya untuk tontonan umum ...Amat memalukan industri seni tanah air Malaysia apabila artis berkenan telah memberikan komen balas yang sangat "BIJAK" pada pandangan mish...


"Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.
“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,“


Bijak sangat kan???artis suam2 kuku harapan bangsa...jawapan dan balasan komen tentang kontroversi artis ini sangat melampau dan diharap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan tindakan yang lebih serius ke atas artis suam2 kuku nie..Memalukan agama kita sendiri..harap piahk yang tertentu dapat buka mata..bukan buka mata seronok2 ok buka mata ambil tindakan!!thanks....

Tuesday, March 22, 2011

::Moh reramai terjah Blog Bro Aidid::

Assalamualaikum...
moh nak citer kat u alls...
mish adalah seorang follower blog http://aididmuaddib.blogspot.com/ .Seorang brother,lelaki,kacak???xtaw sbb xpenah tgok..hihihi...berakal..Bijak!!Beliau adalah seorang penentang yang menentang skim pyramid yang ado kat Malaysia nie...Kalau anda nak tahu yang kebanyakkan post dia tu melibatkan pembongkaran sistem2 MLM (Multi Level Marketing) ataupon sistem pyramid yang kita semua sedia maklum sistem macam ni memang dah lama sangat berleluasa di negara kita...Kalau dibaca dan diteliti oleh kita,kesemua pembongkaran yang di buat semuanya berasas,ada bukti yang sahih dan sangat2 logik untuk diterima oleh akal fikiran..bukan main tabur jekk...
Sebelom dia melampirkan bukti2 ataupon hujah2nya,dia akan buat research dulu..kaji..study betol2 sistem2 ni..dan terbukti kebanyakkan sistem2 ni semuanya nk menipu kita..Menipu bangsa kita..Menipu rakyat mcm kita...Semuanya gunakan jalan cepat dan mudah nk dapatkan duit..dengan menipu mereka2 yang bengong dan tongok untuk join sistem2 tu...
So kalau korang semua rasa macam berminat nak tahu kisah2 pembongkaran semua sisitem pyramid dalam malaysia nie..korang boleh klik http://aididmuaddib.blogspot.com/ dan terjah2 la blog dia ok...Selamat Menerjah!!

Adios..

MishNatrahDeSilva

Mimpi Kembali ke sekolah!!

Assalamualaikum...
arinie nak bercerita pulak tentang mimpi..
kelakor pulak bila tetibe jek TERmimpi yang mish kembali ke sekolah...

Oh My Gucci!!!
tetibe jek mish ada dalam perkarangan sekolah dan mish harus memilih balik mata pelajaran yang mish nak amek..adoiiii naik pusing kepala..kalau sebelom ni mish amek kelas Akaun dan untuk kali ni mish bingung nak amek akaun lg kew?
siap pakat2 la nie dgn kawan2 nk pilih kelas ape..hahahhaa..
u know what mish amek kelas ape?mish pilih kelas sastera sbb ape???i hate Matematik&Add mate tp suka duit...hihihihi..xsuka kira2 dan sangat tak berkira ok...hihihihi..

Mungkin sbb terlalu rindu saat bersama2 kawan2 waktu sekolah..kenangan manis yang tak mungkin luput dan lupus dr ingatan..kenangan terindah dalam hati mish begitu juga rakan2...tp apesal amek sastera??adoiii takkn nak jadik sasterawan negara menggantikan A.Samad Said???mungkin sbb darah seni mengalir dalam jiwa..sangat meminati dunia seni pementasan..teater..lakonan..sangat suka...bercita2 kalau ada peluang nak masuk kelas latihan lakonan..cewahhh...doa2kanla ekk..hihihi..korg agak2 penah mimpi funny2 x??ce citer..ce citer....jgn baca jek..skali skala komenla kat box bawah tu..hihihihi...ok la semua....jumpa lg...

adios...

P/s: hati terasa mengeletek kelakar sbb dengar citer amma kat opis nie lunch td buat lawak..xabes gelak lagi ni..hihihihihi

Hosting a tea party? #IremeBakeLove is offering a whole deal with cupcakes+creampuffs+tartlets. Only RM25! #MilkADeal

Hosting a tea party? #IremeBakeLove is offering a whole deal with cupcakes+creampuffs+tartlets. Only RM25! #MilkADeal

Monday, March 21, 2011

Buat "Temanku"

Tetibe nak story kisah seorang "Teman"

The Story begin with.....

Mish punya seorang teman....teman mish kata dulu..kehidupan nampak kelam..hdupnya terasa gelap..harinya terlalu suram...dia pernah dikecewakan..harapanya pernah dipadam kan oleh seorang insan bernama wanita....dalam usianya yang cukup muda...dia menghidapi bermacam2 jenis penyakit..membuatkan dia merasa begitu kelam dunia ini..begitu dekat hdupnya dengan tuhan...Manusia diuji dengan pelbagai jenis ujian..ada yang mencabar..ada yang biasa2..ada yang lebih teruk dr yang lain..setiap dugaan yang Allah turunkan pada hambanya takkn lebih drpada kemampuan hambanya..Allah S.W.T. tahu bahawa setiap ujian yang diberikan untuk mengajar manusia supaya lebih mengigati dirinya dan lebih mendekatkan dirinya dengan Allah S.W.T.

Sebagai seorg manusia yang lemah dan hina..kita hanya mampu berdoa moga dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat kelak...InsyAllah..

Katanya..sekarang dia bisa melihat sedikit cahaya..
yang datang dr ruang2 udara...
datang tanpa terduga...menghampiri dirinya yang serba kekurangan.
namun terima dengan hati yang terbuka...
cahaya yang datangnya dr seorang wanita...Wanita yang dia cintai..dia sayangi tp dlm diam2..
tp dia takut untuk meluahkan kerana gusar kegembiraan yang dia terima cuma sementara...
dan dia takut wanita yang dia cintai itu bahagia untuk seketika...pada masa yang sama..si wanita sedang menunggu si jejaka nie meluahkan rasa dahulu...

p/s : kalau ko xreti sangat nak luahkan..ko pass jek bg kat mish..tawla aku berpuisi,sajak,pantun untuk kau..hahahah..silap2 masuk sejarah nanti kisah nie taw ;p

Tadah tangan nak doa nie....
YA ALLAH YA TUHANKU...
KU MOHON PADAMU..
KAU BERKATILA HUBUNGAN MEREKA BERDUA..SATUKAN HATI MEREKA..TITIPKAN KEMESRAAN..KASIH SAYANG SERTA KERINDUAN KEPADA MEREKA..KAU PANJANGKANLA JODOH MEREKA SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR NYAWA...AMIN...

** This post i dedicate to someone.."U know who you are"..Kalau kamu baca post nie ketahuila bahawa aku sayang giler kat korg berdua k..Friends 4 ever!!!

akan ku update pengakhiran kesah ini kelak..tungguuu..

Big Business under table???

Terkezut tak dengan tajuk yang ku pertontonkan pada kalian semua???
mendebarkan..???hahahaha..business ape yang di buat di bawah meja????
Rasuah di bawah meja???no..no..no..say no to Rasuah..abeh tu tangkap tikus bawah meja??semestinya bukan jugak....Bisness nie hanya adik2 mcm manja mish di bawah nie jek yang selalu buat...mula2 mish pon tak bape nak paham bisness yang dia buat tu..nampak serius benorr..dahi pon cantum2..seperti mengerut dan meneran..



Dipaksa keluar pon xmo...ape benda yang dia buat bawah meja tu????

Sempat memuncungkan mulut dia ...baru nk kuar setelah dipaksa2....

agak2 dapat teka tak bisness ape yang dia buat bawah meja tu??Kebarangkalian dia cuba untuk mendapatkan feellllll...hahahahahha....korang pon ada tak agak2nya yg mcm gitu??ada tu...hihihihih....

p/s :Manja kesayangan mish after adik nasuha....Manja Nurain Damia ;) Adios...